Tuesday

Aku pandang kiri.
Aku nampak lelaki dan perempuan.
Tak segan duduk bersebelahan, bergelak sakan, bertepuk tampar bersama.

Aku pandang kanan.
Aku nampak berpasang-pasang sawit couple.
Sedang duduk berasmara di pantai.

Aku pandang depan.
Aku nampak sekumpulan remeja Islam.
Berpakaian ala ala telanjang.
Skirt di atas beha, baju ketat sini sana meluat orang melihatnya.

Aku pandang belakang.
Aku ternampak makcik makcik lanjut usia.
Pakai legging ketat warna hitam.

Akhirnya aku tertunduk.
Aku menguis pasir dengan kasut.
Ada dua tiga titik air panas banjir di pipi.
Aku hairan, aku pelik bin ajaib.
ADAKAH AKU TERSESAT DI BUMI ASING?

Tersesat menetap di bumi yang bukan untuk manusia bergelar hamba?

Tidak takutkah mereka dengan larangan Tuhan?

Mungkin 'iya' untuk jawapana aku dan mungkin 'iya' aku tersesat di hutan rimba yang bertahun nafsu.

Muhasabah diri, dunia semakin tua.
Bila-bila masa sahaja kita dipanggil menghadap ilahi. Cukupkah amalan kita untuk bawa ke sana?




TEPUK DADA, TANYA SENDIRI HATI

Saturday

Tanpa dirimu

Assalamualaikum & Hai

Saat kau menghilang, aku mencari dirimu.
Yang ku dapat hanyalah bayangan rindu.

Saat kau menghilang, aku merindui dirimu.
Yang ku dapat hanyalah penantian yang menyeksakan.

Saat kau menghilang, aku menanti dirimu.
Yang ku dapat hanyalah kelukaan yang sangat dalam..

Saat kau menghilang, aku terluka kerana dirimu.
Yang ku dapat hanyalah mutiara yang mengalir di pipi ku.

Saat aku pergi untuk meneruskan hidup tanpa dirimu,
Aku berharap, jangan kau hadir untuk menjenguk aku dalam khayalanku.

Saat aku pergi untuk meneruskan hidup tanpa dirimu,
Aku berharap, jangan kau hadir untuk mengetuk pintu hatiku kembali.

Saat aku pergi untuk meneruskan hidup tanpa dirimu,
Aku berharap, jangan kau hadir untuk mengukir namamu dihatiku kembali.

Saat aku pergi untuk meneruskan hidup tanpa dirimu,
Aku berharap, jangan kau hadir di depan ku untuk membuat aku kembali kecewa.