Tuesday

Aku pandang kiri.
Aku nampak lelaki dan perempuan.
Tak segan duduk bersebelahan, bergelak sakan, bertepuk tampar bersama.

Aku pandang kanan.
Aku nampak berpasang-pasang sawit couple.
Sedang duduk berasmara di pantai.

Aku pandang depan.
Aku nampak sekumpulan remeja Islam.
Berpakaian ala ala telanjang.
Skirt di atas beha, baju ketat sini sana meluat orang melihatnya.

Aku pandang belakang.
Aku ternampak makcik makcik lanjut usia.
Pakai legging ketat warna hitam.

Akhirnya aku tertunduk.
Aku menguis pasir dengan kasut.
Ada dua tiga titik air panas banjir di pipi.
Aku hairan, aku pelik bin ajaib.
ADAKAH AKU TERSESAT DI BUMI ASING?

Tersesat menetap di bumi yang bukan untuk manusia bergelar hamba?

Tidak takutkah mereka dengan larangan Tuhan?

Mungkin 'iya' untuk jawapana aku dan mungkin 'iya' aku tersesat di hutan rimba yang bertahun nafsu.

Muhasabah diri, dunia semakin tua.
Bila-bila masa sahaja kita dipanggil menghadap ilahi. Cukupkah amalan kita untuk bawa ke sana?




TEPUK DADA, TANYA SENDIRI HATI